ANGGOTA PENGURUSAN

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
YBhg Dato' Abdul Mutalib bin Alias

Dato’ Abdul Mutalib bin Alias telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA pada 15 Julai 2011.
 
Sebelum ini, Dato’ Abdul Mutalib, 51, merupakan pegawai khas kepada Datuk Shaziman Abu Mansor yang merupakan bekas Menteri Kerja Raya dan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi. Terdahulu, beliau berkhidmat sebagai setiausaha politik kepada bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Dato’ Sri Dr Jamaluddin Jarjis dan juga bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin.
 
Sebelum menyertai badan kerajaan, Dato’ Abdul Mutalib pernah berkhidmat selama 15 tahun dalam bidang perbankan pelaburan yang mana beliau memegang pelbagai jawatan, termasuklah Naib Presiden di The Chase Manhattan Bank dari 1985 hingga 2000.
 
Dato’ Abdul Mutalib merupakan pemegang Ijazah Sarjana dari Governors State University, Illinois dan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang Perakaunan dari Northern Illinois University, DeKalb, Illinois.

KETUA PEGAWAI OPERASI
Ar. Aminuddin bin Abdul Manaf

Ar. Aminuddin bin Abdul Manaf mempunyai pengalaman kerjaya selama 24 tahun sebagai perunding Arkitek dan Reka Bentuk Dalaman yang memberikan rundingan kepada sektor swasta dan kerajaan. 
 
Beliau memulakan kerjaya di Carl Safe Design Consultant Amerika Syarikat dan kembali ke Malaysia lalu menyertai Alizar Architect. Beliau telah ditauliahkan sebagai arkitek profesional oleh Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) pada 1992.
 
Ar. Aminuddin mempunyai Ijazah Sarjana dalam bidang Seni Bina dari Washington University, St. Louis, Amerika Syarikat dan Ijazah Sarjana Muda dalam Seni Bina dari Iowa State University, Amerika Syarikat. Beliau juga merupakan ahli Institut Perekabentuk Dalaman Malaysia (Malaysian Institute of Interior Designers) dan Pertubuhan Arkitek Malaysia (Malaysian Institute of Architects).

KETUA PEGAWAI KEWANGAN
Hasleen bin Isnin

Hasleen bin Isnin mempunyai pengalaman kerjaya selama 20 tahun dalam sektor perbankan dan komersial.
 
Hasleen pernah bekerja di syarikat-syarikat dan institusi kewangan seperti Citibank Berhad, Malaysia International Merchant Bankers, Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) dan New Straits Times Press (NSTP) dan merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kewangan dan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi dari Washington University, St. Louis, Amerika Syarikat.