SKIM RENT-TO-OWN

"Rent-to-Own" (RTO) adalah program Sewa Milik kediaman selama 10 tahun bagi pemohon yang berjaya dalam pengundian untuk Kediaman PR1MA tetapi gagal mendapatkan kelulusan pinjaman daripada bank panel PR1MA.

Di bawah skim RTO, pemohon perlu menyewa kediaman PR1MA sehingga 10 tahun. Pemohon diberi pilihan untuk membeli kediaman tersebut pada akhir tahun ke-5 atau ke-10 pada harga yang ditetapkan oleh PR1MA.

Pemohon boleh memilih antara skim PR1MA Basic RTO atau PR1MA Zero RTO.

Bayaran bulanan: Sewa + Akaun Simpanan Pembeli (ASP)

Kadar sewa bulanan termasuk caruman simpanan yang dikumpul di dalam Akaun Simpanan Pembeli sebagai dana untuk penyewa membeli kediaman PR1MA tersebut kelak.

Jika penyewa memilih untuk keluar daripada skim RTO tanpa membeli kediaman PR1MA tersebut, jumlah simpanan penyewa akan dipulangkan semula selepas bayaran yang dikenakan oleh PR1MA ditolak.

Bayaran bulanan: Sewa

Bayaran bulanan hanyalah untuk sewa kediaman PR1MA sahaja tanpa sebarang caruman simpanan. Sekiranya penyewa memilih untuk keluar daripada skim RTO tanpa membeli kediaman PR1MA tersebut, tiada bayaran balik akan diberi.

Jika penyewa memilih untuk membeli kediaman PR1MA tersebut, penyewa perlu mendapatkan pembiayaan penuh daripada bank panel PR1MA atau mana-mana institusi kewangan yang lain.

ANGGARAN PEMBAYARAN RENT-TO-OWN

Pilih harga Kediaman PR1MA:
Anggaran Bayaran Bulanan "Rent-to-Own" BASIC RENT-TO-OWN ZERO RENT-TO-OWN
Deposit Sekali (akan dipulangkan semula) RM2,884 RM2,597
Tahun ke 1- 3 RM961 RM866
Tahun ke 4-6 RM1,000 RM900
Tahun ke 7-9 RM1,040 RM936
Tahun ke 10 RM1,082 RM974

Kenyataan: Anggaran Pembayaran RTO bertujuan hanya untuk memberi anggaran jumlah bayaran bulanan untuk skim RTO yang ditawarkan Perbadanan PR1MA Malaysia dan bergantung pada kadar pembiayaan sebenar dari semasa ke semasa. Bayaran bulanan sebenar akan dinyatakan dalam perjanjian oleh Perbadanan PR1MA Malaysia kepada wakil penyewa/pemohon dan tertakluk pada polisi, panduan, terma dan syarat skim RTO. Perbadanan PR1MA tidak mempunyai jaminan, sama ada tersurat atau tersirat, terhadap ketepatan atau keseluruhan fakta dan angka yang dinyatakan. Perbadanan PR1MA Malaysia juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti yang timbul pada kandungan terbitan ini.

Kadar Sewa RTO

  • Kadar sewa untuk kedua-dua skim dikira berdasarkan bayaran ansuran pinjaman perumahan. Sewa bagi skim Zero RTO adalah kurang berbanding dengan Basic RTO.
  • Kenaikan kadar sewa akan dilakukan setiap 3 tahun.
  • Kadar sewa dan jadual pembayaran hanya akan ditentukan sebelum menandatangani Perjanjian Sewa antara penyewa dengan PR1MA.

Deposit RTO

Penyewa perlu membayar tiga bulan deposit sebagaimana prosedur lazim sewaan sebelum penerimaan kunci kediaman.

Notis

Permohonan program pembiayaan Rent-To-Own (RTO) untuk kediaman PR1MA masih belum dibuka buat masa ini dan akan dimaklumkan kelak.