PENDAFTARAN VENDOR

Proses Pendaftaran Vendor

PR1MA mengamalkan amalan prinsip Telus, Adil dan Jujur yang menjadi sebahagian daripada program etika perolehan kami. Semua vendor yang dilantik oleh PR1MA perlu mewujudkan budaya kerja yang positif dan menjalinkan perhubungan yang baik untuk kepentingan bersama dalam memberikan perkhidmatan. Pihak pengurusan PR1MA memandang serius segala bentuk pengaruh, paksaan, rasuah dan bersedia mengambil tindakan untuk menangani aktiviti-aktiviti tersebut.
 
Semua vendor yang bercadang untuk menjalankan perniagaan dengan PR1MA perlu mendaftar dengan kami melalui Program Pendaftaran Vendor.

 

PANDUAN
PANDAFTARAN VENDOR

MANUAL PENGGUNA
PENDAFTARAN VENDOR

Maklumat Umum untuk Vendor

  • Semua vendor yang layak untuk menjalankan perniagaan dan berminat menjadi vendor untuk PR1MA perlu mengemukakan permohonan secara atas talian (online) melalui Sistem Pendaftaran Vendor.

    Langkah-langkah adalah seperti berikut:

    • Permohonan perlu dikemukakan dengan mengisi Borang Permohonan Vendor secara atas talian (online).
    • Pemohon dinasihatkan untuk membaca dan menyediakan semua maklumat yang diperlukan sebelum menghantar borang secara atas talian (online).
    • Permohonan tidak akan dipertimbangkan sekiranya maklumat yang diperlukan tidak lengkap.
    • Tempoh sah laku pendaftaran vendor ialah selama 2 tahun (berkuatkuasa apabila penerimaan sistem yang dijana e-mel menyatakan pendaftaran telah diluluskan) dan akan diperbaharui sebelum tarikh tamat tempoh (tepat 2 tahun dari tarikh diluluskan) untuk membolehkan vendor terus berurusan dengan PR1MA.
       
  • Berikut adalah entiti-entiti yang dibenarkan untuk mendaftar sebagai vendor PR1MA:
    • Pemilikan Tunggal
    • Perkongsian
    • Perusahaan
    • Syarikat (Persendirian & Awam Berhad) yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
    • Firma / Badan-badan profesional seperti Jurutera & Jurukur Bahan
    • Syarikat-syarikat asing berdaftar
       
  • Syarikat Persendirian / Awam Berhad mesti mempunyai modal berbayar tidak kurang daripada RM 10,000.00
     
  • Vendor mesti mempunyai lesen / pendaftaran yang sesuai atau releven dari badan-badan persijilan yang bertauliah untuk setiap kategori kerja yang dimohon dan lampirkan bersama salinan yang telah disahkan semasa penyerahan atas talian (online).
     
  • Setiap salinan dokumen yang dikemukakan perlu disahkan samada oleh:
    • Setiausaha Syarikat / Direktor, atau
    • Suruhanjaya Syarikat Malaysia, atau
    • Pesuruhjaya Sumpah
    • Lain-lain dokumen yang diperlukan daripada pihak berkuasa yang berkaitan / badan-badan yang berkenaan
       
  • PR1MA berhak untuk menerima atau menolak mana-mana permohonan dan vendor tidak boleh menuntut pembayaran balik untuk apa-apa perbelanjaan atau kerugian yang mungkin ditanggung dalam penyediaan dan penyerahan dokumen pendaftaran yang lengkap.

 

 


BAGAIMANA UNTUK MENDAFTAR?