Header & Footer

MENGENAI PR1MA

MISI & OBJEKTIF

 
misi

Merancang, membangun dan menyediakan kediaman mampu milik dan berkualiti tinggi dengan konsep kehidupan moden untuk rakyat Malaysia berpendapatan pertengahan.

objektif
  1. Merancang pembangunan kediaman dan fasiliti komuniti berintegrasi serta peningkatan kualiti hidup pemilik rumah.

  2. Membangunkan kediaman moden, selesa dan berkualiti tinggi.

  3. Menyediakan kediaman mampu milik bagi kumpulan berpendapatan pertengahan.

  4. Memelihara jenama PR1MA dengan standard pembangunan yang kukuh dan terkini, dan memantau pelaksanaan standard ini.

fungsi

 

Membangunkan kediaman berkualiti tinggi dan membentuk fasiliti komuniti berintegrasi untuk rakyat Malaysia berpendapatan pertengahan.

Menyelia, merancang dan mengurus aspek reka bentuk, pembinaan serta penyelenggaraan kediaman PR1MA dan komunitinya.

Menentukan harga jualan, memperuntukkan kediaman PR1MA melalui pengundian yang diaudit dan bekerjasama dengan institusi kewangan untuk memberi pembeli rumah akses kepada skema pembiayaan yang bersesuaian.

Mengenal pasti keperluan semasa untuk memantau, mengawal dan menguruskan bekalan dan permintaan kediaman PR1MA dan kemudahannya.

Melindungi jenama PR1MA dengan menentukan standard pembangunan dan pelaksanaan, dan / atau menguatkuasakan piawaian ini.

Memacu kerjasama pintar antara Kerajaan dan sektor swasta.

Switch to portrait for best viewing experience