PASUKAN PENGURUSAN

Ketua Pegawai Eksekutif
YBrs. Tuan Haji Mohd Nazri bin Md. Shariff

YBrs. Tuan Haji Mohd Nazri bin Md. Shariff telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pada 4 Mei 2020 setelah memangku jawatan tersebut sejak 16 Januari 2019. Sebelum pelantikan ini, beliau berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Kewangan Perbadanan PR1MA Malaysia bermula pada 18 Julai 2016.

Sebelum menyertai Perbadanan PR1MA Malaysia, beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan di Tradewinds (M) Berhad dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Padiberas Nasional Berhad. Beliau memulakan kerjayanya di Clarke Walker Chartered Accountants di United Kingdom sehingga tahun 1994. Beliau kemudiannya menyertai beberapa bank komersial serta bank pelaburan dan seterusnya dilantik sebagai Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan dan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan di beberapa syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia. 

Tuan Haji Mohd Nazri juga pernah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah antaranya di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Tradewinds Plantation Berhad dan anak-anak syarikatnya, serta anak-anak syarikat Padiberas Nasional Berhad.

Berpengalaman lebih 30 tahun di pelbagai sektor korporat, Tuan Haji Mohd Nazri merupakan ahli Institut Akauntan Malaysia (MIA) dan Fellow Association of Chartered Certified Accountants (ACCA), United Kingdom.