Soalan Lazim


1. Apakah kriteria kelayakan untuk memohon kediaman PR1MA?
Warganegara Malaysia.
Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun semasa permohonan dibuat.
Individu atau keluarga (suami isteri) dengan pendapatan isi rumah purata bulanan antara RM2,500 – RM15,000.
Pemohon atau pasangannya tidak memiliki lebih daripada satu hartanah.
Mengikut garis panduan tambahan yang ditetapkan oleh PR1MA. 
 
 
2. Bolehkah saya mendaftar untuk PR1MA sebagai kediaman kedua saya?
Ya, anda boleh mendaftar.
 
3. Jika saya di Malaysia tetapi isteri saya berada di luar negara, adakah kami layak untuk mendaftar?
Ya, anda boleh mendaftar selagi pendapatan purata isi rumah adalah antara RM2,500 – RM15,000. 
 

PENDAFTARAN

 
1. Bagaimanakah mendaftar untuk kediaman PR1MA?
Pendaftaran boleh dilakukan secara online di laman web rasmi PR1MA di www.pr1ma.my
 
2. Adakah terdapat sebarang bayaran dikenakan untuk mendaftar kediaman PR1MA?
PR1MA tidak mengenakan sebarang yuran pendaftaran. PR1MA juga tidak melantik mana-mana ejen atau pihak ketiga dalam menawarkan perkhidmatan untuk mengisi borang atau menyediakan peruntukan khas untuk rumah PR1MA. 
 
3. Adakah pasangan saya perlu mendaftar sekiranya saya telah mendaftar untuk kediaman PR1MA?
Setiap pasangan perlu mendaftar sekali secara bersama. Jika anda sudah berkahwin, sertakan butiran pasangan anda dalam borang pendaftaran.
 
4. Saya akan berkahwin tidak lama lagi. Perlukah saya memohon sebagai individu atau pasangan?
Anda boleh memohon sebagai individu buat masa sekarang. Walau bagaimanapun, untuk permohonan dan cabutan undi, anda perlu mengemas kini maklumat peribadi seperti butiran diri pasangan anda.
 
5. Berapa kerap saya perlu mengemas kini profil saya?
Anda perlu mengemas kini maklumat anda di dalam sistem pendaftaran PR1MA jika terdapat sebarang perubahan.
 
6. Apakah yang perlu saya lakukan jika saya menghadapi masalah semasa membuat pendaftaran?
Sila hubungi Pusat Panggilan PR1MA di talian (+603) 7628 9898 yang beroperasi dari hari Isnin hingga Ahad (9:00 pagi – 6:00 petang). Anda juga boleh e-melkan ke info@pr1ma.my
 
7. Terdapat kesilapan IT di bahagian pendaftaran di laman web PR1MA. Apa yang perlu saya lakukan?
Sila e-melkan paparan skrin (screen shot) ke pihak PR1MA ke info@pr1ma.my
 
8. Di manakah saya boleh melihat senarai dokumen yang diperlukan untuk proses pendaftaran PR1MA?
Rujuk maklumat di dalam laman web di sini.
 
9. Saya tidak boleh mendaftar kerana Kad Pengenalan saya telah digunakan di dalam sistem. Apa yang perlu saya lakukan?
Hubungi kami di (+603) 7628 9898 dari jam 9:00 pagi – 6:00 petang dari hari Isnin hingga Ahad maklumkan kepada PR1MA ke info@pr1ma.my
 
10. Bagaimanakah jika saya terlupa kata pengguna/kata laluan?
Anda boleh dapatkan semula dengan mengklik di sini https://register.pr1ma.my
 
11. Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk permohonan PR1MA?
Anda perlu menghantar:
i. Salinan kad pengenalan (KP)
ii. Slip gaji atau penyata bank terkini
 

PEMBANGUNAN PR1MA

 
1. Adakah kediaman PR1MA pegangan kekal atau pegangan pajakan?
Ia bergantung kepada hak milik (“pemilik”) tanah pada setiap pembangunan PR1MA.
 
2. Di manakah lokasi pembangunan PR1MA?
Pembangunan PR1MA terletak di bandar-bandar utama di seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.pr1ma.my/pr1ma_homes.php.
 
3. Bagaimanakah untuk mendapatkan maklumat terkini tentang pelancaran & harga kediaman PR1MA?
Sila layari http://www.pr1ma.my/pr1ma_homes.php.

4. Berapakah harga kediaman PR1MA?
Kediaman PR1MA berharga dalam lingkungan RM100,000 hingga RM400,000.
 
5. Apakah saiz-saiz kediaman PR1MA?
Secara umumnya, rumah teres PR1MA berukuran dari 850 kps hingga 1,850 kps dan apartmen PR1MA berukuran dari 600 kps hingga 1,200 kps.
 
6. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi:
Pusat Panggilan (+603) 7628 9898
Isnin hingga Ahad (9:00 pagi – 6:00 petang) 
E-mel:  info@pr1ma.my
 
 

 

YURAN TEMPAHAN


1. Berapakah jumlah yuran tempahan yang perlu dibayar?
Jumlah yuran tempahan yang perlu dibayar ialah RM500


2.Bilakah bermulanya pembayaran yuran tempahan ini?
Yuran tempahan akan mula dikenakan pada 1 Jun 2019


3. Apakah tujuan yuran tempahan ini dikenakan?
Yuran ini dikenakan sebagai komitment pembelian sehingga perjanjian jual beli ditandatangani dan disetem


4. Bilakah yuran tempahan ini akan di kutip?
Yuran tempahan ini akan dikenakan semasa membuat tempahan pembelian rumah


5. Apakah cara pembayaran yan boleh diterima?
Kami hanya menerima pembayaran dalam bentuk cek, deraf bank atau arahan tunai sahaja


6. Adakah yuran tempahan ini dikembalikan?
Ya, tertakluk kepada syarat dan juga dokumen sampingan yang diperlukan


7. Bagaimana untuk memohon pulangan yuran tempahan? Adakah borang yang perlu diisi?
Anda perlu menulis surat dan seterusnya emel ke info@pr1ma.my


8. Ke mana saya perlu menghantar permohonan untuk pulangan yuran tempahan?
Jabatan Operasi Jualan, PERBADANAN PR1MA MALAYSIA


9. Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk pemulangan yuran tempahan?
Permohonan untuk pemulangan yang telah diluluskan akan mengambil masa sehingga 3 bulan


10. Apakah cara pembayaran pemulangan yuran tempahan?
Jumlah tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun bank pembeli


11. Apakah yang berlaku kepada yuran tempahan setelah perjanjian jual beli ditandatangani dan di setem?
Yuran tempahan tersebut akan dimasukkan sebagai sebahagian daripada harga belian atau sebahagian dari caj pelbagai (dengan kebenaran pembeli) 


12. Siapakah yang saya patut hubungi berkenaan yuran tempahan ini?

  • Jabatan Operasi Jualan / melalui pusat panggilan / emel
  • Untuk sebarang pertanyaan, sila emel kepada info@pr1ma.my atau hubungi Pusat Panggilan di 03-7628 9898 (Isnin hingga Jumaat; 9 pagi hingga 6 petang).