1. Adakah proses penjualan rumah PR1MA berjalan seperti biasa semasa tempoh PKP?
Ya. Penjualan rumah berjalan seperti biasa melalui ejen jualan yang dilantik oleh pihak PR1MA dan pemilihan unit boleh dilakukan melalui aplikasi WhatsApp atau emel.
Sila rujuk laman web kami di www.pr1ma.my untuk senarai penuh Rakan Jualan PR1MA.
2. Adakah Galeri Jualan PR1MA dibuka dalam semasa tempoh PKP?
Galeri Jualan PR1MA di tutup sepanjang tempoh PKPB.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan dengan menghubungi kami di talian 03-7628 9898 atau secara atas talian (online) dengan menghantar emel kepada kami di info@pr1ma.my. Segala pertanyaan akan direkod dan dijawab dengan secepat mungkin.
3. Sekiranya saya ingin mengetahui lebih lanjut mengenai projek PR1MA tertentu, siapa yang perlu saya hubungi?
Anda boleh menghubungi Rakan Jualan PR1MA yang dilantik untuk setiap projek PR1MA seperti yang disenaraikan dalam laman web PR1MA di https://www.pr1ma.my/pr1ma_sales_partners.php?lang=bm. Rakan Jualan yang dilantik PR1MA akan membantu pembeli rumah mendaftar dan menempah rumah PR1MA. Untuk maklumat lanjut, anda boleh merujuk kepada www.pr1ma.my.
Sebarang pertanyaan boleh dikemukan dengan menghubungi kami di talian 03-7628 9898 atau secara online dengan menghantar emel kepada kami di info@pr1ma.my.
4. Bolehkah pembeli menandatangani SPA dalam tempoh ini?
Pembeli dinasihatkan untuk berurusan dengan peguam yang mengendalikan urusan Perjanjian Jual Beli masing-masing untuk maklumat lanjut. Namun begitu, proses-proses berkaitan dengan penyempurnaan dokumen perjanjian berkemungkinan mengalami kelewatan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.
5. Bolehkah pembeli membayar caj-caj lain dalam tempoh ini?
Ya, pembayaran boleh dilakukan secara perbankan atas talian. Sila rujuk nombor akaun yang dinyatakan pada invois.
6. Adakah pihak bank akan memproses pembayaran pinjaman?
Ya. Semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, institusi perbankan beroperasi seperti biasa.
7. Tarikh tamat untuk permohonan pinjaman rumah dengan bank saya jatuh pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Apa yang perlu saya lakukan?
Sila maklumkan segera kepada kami atau Rakan Jualan PR1MA yang dilantik. PR1MA boleh memberi tempoh lanjutan untuk permohonan pinjaman bank semasa Perintah Kawalan Pergerakan.
8. Bolehkah pembeli mengetahui status pembelian?
Pembeli boleh bertanyakan soalan tentang status pembelian dengan menghubungi kami di talian 03-7628 9898 atau secara atas talian (online) dengan menghantar emel kepada kami di info@pr1ma.my.
9. Bolehkah pembeli berpotensi melawat unit pameran semasa tempoh ini?
Unit pameran PR1MA ditutup sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di kawasan-kawasan yang dikenakan perintah tersebut. Lawatan ke unit pameran PR1MA di lokasi-lokasi tersebut boleh dilakukan selepas tamat tempoh PKP ini. Walau bagaimanapun, operasi jualan di negeri atau kawasan yang tidak dikenakan PKP adalah seperti biasa.
1. Bagaimanakah kita menghubungi PR1MA dalam tempoh ini?
Pusat Panggilan PR1MA beroperasi setiap hari dari jam 9 pagi sehingga 6 petang (Isnin hingga Ahad, kecuali pada Cuti Umum Negeri Selangor).
Sila hubungi kami di talian 03-7628 9898 atau secara atas talian (online) dengan menghantar emel kepada kami di info@pr1ma.my.
2. Bolehkah saya datang dan mengambil kunci rumah?
Pihak PR1MA akan menghubungi anda untuk menetapkan semula tarikh pengambilan kunci. Anda boleh hadir pada tarikh baharu yang telah dipersetujui bersama selepas tempoh PKP dan perlu mematuhi garis panduan pengambilan kunci yang telah ditetapkan.
Negeri-negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Kerja-kerja pembinaan dibenarkan dengan syarat kontraktor menyediakan penginapan pekerja yang lengkap (mematuhi Akta 446 : Akta Standad Minima, Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990) di tapak bina atau pekerja ditempatkan di Kuarters Pekerja Berpusat (CLQ) dan majikan menyediakan pengangkutan pekerja dari CLQ ke tapak bina dan balik ke CLQ.
Negeri-negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPB & PKPP)
Kerja-kerja yang kini sedang dalam pembinaan akan masih diteruskan, berdasarkan kepada pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid-19.
2. Adakah akan ada kelewatan dalam tarikh siap kediaman-kediaman PR1MA yang sedang dibina?
PR1MA sedang mengkaji semula jadual pembinaan bersama pihak kontraktor untuk projek-projek yang terkesan semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Tarikh siap adalah tertakluk kepada pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid-19. PR1MA tetap komited untuk menyiapkan rumah-rumah PR1MA seperti yang disasarkan.
3. Adakah kontraktor dan perunding akan diberi bayaran ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan?
Bayaran kepada kontraktor dan perunding akan diproses seperti biasa berdasarkan tuntutan bayaran interim yang telah diperakui.
4. Apakah syarat-syarat atau garis panduan yang perlu dipatuhi oleh pihak kontraktor yang ingin beroperasi semasa tempoh PKP?
Pihak kontraktor haruslah mematuhi syarat-syarat/garis panduan yang telah ditetapkan oleh oleh pihak kerajaan mahupun agensi yang berkaitan.
5. Apakah tempoh waktu operasi di tapak pembinaan sepanjang tempoh PKP?
Tapak pembinaan dibenarkan beroperasi mengikut masa dan hari yang ditetapkan dan diluluskan oleh pihak berkuasa yang berkenaan.
6. Adakah kerja lebih masa dibenarkan ditapak bina sepanjang di dalam tempoh PKP?
Kerja lebih masa di tapak bina dibenarkan dengan kelulusan dari pihak berkuasa berkenaan.
7. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya terdapat pekerja di tapak pembinaan yang positif dan telah dijangkiti COVID-19?
Pihak kontraktor haruslah melaporkan kes tersebut serta merta kepada pihak PR1MA dan KKM serta memberi kerjasama penuh kepada KKM untuk mengesan pekerja yang dijangkiti Covid-19 dan kontak-kontak rapat.
8. Apakah syarat-syarat am yang dikenakan ke atas majikan dan para pekerja di tapak?
Majikan haruslah memastikan pekerja yang akan memulakan kerja berada dalam keadaan yang sihat dan disaring setiap hari sebelum memasuki tapak pembinaan. Bagi pekerja warga asing, majikan haruslah memastikan pekerja mempunyai permit pekerjaan yang sah. Pekerja juga hendaklah diterangkan mengenai risiko Covid-19 dan langkah-langkah pencegahan serta kepentingan menjaga kebersihan diri sepanjang ditapak kerja. Majikan hendaklah memastikan semua keperluan harian (makanan, keperluan pembersihan diri & lain-lain) disediakan sepenuhnya bagi mengelakkan pekerja keluar dari tapak dan bergaul dengan penduduk tempatan. Majikan juga tidak dibenarkan untuk memindah pekerja binaan dari satu tapak bina ke satu tapak bina yang lain sepanjang tempoh PKP ini.
9. Adakah pihak kontraktor perlu melantik seorang wakil COVID-19 di tapak bina?
Ya. Pihak kontraktor perlu melantik seorang wakil untuk menyelaras/memantau dan pastikan ke semua langkah pencegahan diamalkan di tapak pembinaan.
10. Adakah pihak kontraktor perlu menyediakan HIRADC & ERP di tapak bina?
Ya. Pihak kontraktor perlu menyediakan HIRADC & ERP di tapak pembinaan dan pastikan para pekerja diterangkan dengan jelas.
11. Bagaimanakah PR1MA memainkan peranan dalam memantau/memastikan kontraktor yang dibenarkan beroperasi mematuhi SOP yang ditetapkan?
Pihak PR1MA telah menyediakan PR1MA Safety Work Instruction – Movement Control Order atau "PSWI-MCO" untuk dipatuhi oleh pihak kontraktor di tapak pembinaan. Pihak CMC akan memantau pematuhan kontraktor terhadap “PSWI-MCO” dengan mengisi dan menghantar "site HSE weekly report" setiap minggu kepada pihak PR1MA. Proses ini dipantau melalui pemeriksaan tapak secara berkala oleh Pegawai HSE PR1MA.
Kerja-Kerja Pembangunan Untuk Negeri Di Bawah PKP. Tarikh: 22 Oktober 2020
12. Adakah semua perniagaan perlu berdaftar di CIMS (Covid-19 Intelligent Management System)
Semua jenis perniagaan digalakkan membuat pendaftaran di CIMS kerana sistem ini adalah sumber rujukan utama pihak PDRM.
13. Adakah pekerja yang perlu ke pejabat dan tapak pembinaan perlu menjalani ujian saringan Covid-19?
Hanya wajib bagi pekerja asing yang bergejala dan tidak bergejala; dan semua pekerja dari zon merah yang bergejala sahaja.
1. Adakah pengubahsuaian rumah (renovation) di skim strata dibenarkan dalam tempoh ini?
YA. Urusan pengubahsuaian dibenarkan di unit/petak yang tidak dihuni (vacant unit).
Kerja pengubahsuaian yang dibenarkan adalah seperti pemasangan aircond, kitchen cabinet, wardrobe, jeriji besi (grille) dan pendawaian. Walau bagaimanapun, kerja-kerja hacking yang melibatkan bunyi bising berterusan seperti pemasangan tiles tidak dibenarkan bagi kediaman strata bertingkat
2. Bolehkah urusan pindah masuk atau keluar dibenarkan?
Urusan perpindahan keluar dan masuk di skim strata adalah TIDAK dibenarkan.
3. Adakah Pejabat Pengurusan akan dibuka seperti biasa?
Pejabat pengurusan boleh beroperasi secara minima dengan menghadkan contact secara terus dengan pelanggan. Tempoh pengoperasian dalam skim strata adalah adalah mengikut waktu operasi masing-masing. Bilangan kakitangan pengurusan yang dibenarkan hadir ke pejabat adalah maksima 30% atau 3 orang sahaja tertakluk kepada penjarakan fizikal di dalam pejabat pengurusan.
4. Sekiranya terdapat aduan kerosakan untuk unit atau rumah yang sudah didiami, adakah pihak PR1MA akan mengambil tindakan segera?
Pihak PR1MA akan mengambil tindakan segera untuk kerosakan yang kritikal sahaja. Aduan yang tidak kritikal akan direkod dan kerja akan ditangguhkan selepas tempoh PKP.
5. Bagaimanakah Pembayaran Caj Penyenggaraan akan dilakukan?
Pemilik dinasihatkan untuk membuat bayaran caj penyenggaraan melalui “online transfer”.
6. Bagaimanakah penduduk ingin menggunakan fasiliti pada tempoh ini?
Gimnasium di Residensi PR1MA di kawasan yang dikenakan PKP akan ditutup sepenuhnya sepanjang tempoh PKP dan pencucian akan dibuat ke atas semua peralatan gimnasium. Kemudahan-kemudahan lain seperti dewan serbaguna, surau, tadika, dan lain-lain juga akan ditutup sepenuhnya.
7. Adakah surau, pejabat pengurusan dan dewan komuniti di Perumahan PR1MA dapat digunakan seperti biasa?
Bagi kawasan yang dikenakan PKP, penggunaan surau dan dewan komuniti di Kawasan Residensi PR1MA adalah tidak dibenarkan.
8. Bagaimana dengan aktiviti sukan, komuniti dan keagamaan?
Tertakluk kepada arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan SOP Sukan dan Rekreasi yang dikeluarkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
1. Adakah perkhidmatan internet beroperasi seperti biasa?
Ya. Perkhidmatan internet PR1MAComm beroperasi seperti biasa. Network Operation Centre (NOC) kami juga beroperasi seperti biasa dan sentiasa memantau agar perkhidmatan internet adalah lancar dan tidak mengalami sebarang gangguan.
2. Bagaimana untuk membuat laporan jika talian internet di rumah saya mengalami gangguan?
Sila hubungi Pusat Panggilan PR1MA di talian 03-7628 9898 atau emel ke enquiry@pr1macomm.my untuk sebarang laporan. Pusat Panggilan PR1MA beroperasi setiap hari dari jam 9 pagi sehingga 6 petang (Isnin hingga Ahad, kecuali pada cuti umum Negeri Selangor). Selepas waktu berkerja pula, pelanggan boleh hubungi kami melalui khidmat WhatsApp di talian 019-630 4240.
3. Adakah pemasangan SMATV dan perkhidmatan jalur lebar beroperasi seperti biasa?
Ya, kerja-kerja pemasangan ‘modulator’ sistem SMATV dan pemasangan perkhidmatan jalur lebar untuk pelanggan baharu di Residensi PR1MA di kawasan yang dikenakan PKP/PKPB/PKPP berjalan seperti biasa.
4. Bagaimana untuk membuat laporan jika sistem SMATV di rumah saya mengalami
gangguan?
Sila hubungi Pusat Panggilan PR1MA di talian 03-7628 9898 atau emel ke enquiry@pr1macomm.my untuk sebarang laporan. Pusat Panggilan PR1MA beroperasi setiap hari dari jam 9 pagi sehingga 6 petang (Isnin hingga Ahad, kecuali pada cuti umum Negeri Selangor). Selepas waktu berkerja pula, pelanggan boleh hubungi kami melalui khidmat WhatsApp di talian 019-630 4240.
1. Berapakah jumlah yuran tempahan yang perlu dibayar?
Jumlah yuran tempahan yang perlu dibayar ialah RM500
2.Bilakah bermulanya pembayaran yuran tempahan ini?
Yuran tempahan akan mula dikenakan pada 1 Jun 2019
3. Apakah tujuan yuran tempahan ini dikenakan?
Yuran ini dikenakan sebagai komitment pembelian sehingga perjanjian jual beli ditandatangani dan disetem
4. Bilakah yuran tempahan ini akan di kutip?
Yuran tempahan ini akan dikenakan semasa membuat tempahan pembelian rumah
5. Apakah cara pembayaran yan boleh diterima?
Kami hanya menerima pembayaran dalam bentuk cek, deraf bank atau arahan tunai sahaja
6. Adakah yuran tempahan ini dikembalikan?
Ya, tertakluk kepada syarat dan juga dokumen sampingan yang diperlukan
7. Bagaimana untuk memohon pulangan yuran tempahan? Adakah borang yang perlu diisi?
Anda perlu menulis surat dan seterusnya emel ke info@pr1ma.my
8. Ke mana saya perlu menghantar permohonan untuk pulangan yuran tempahan?
Jabatan Operasi Jualan, PERBADANAN PR1MA MALAYSIA
9. Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk pemulangan yuran tempahan?
Permohonan untuk pemulangan yang telah diluluskan akan mengambil masa sehingga 3 bulan
10. Apakah cara pembayaran pemulangan yuran tempahan?
Jumlah tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun bank pembeli
11. Apakah yang berlaku kepada yuran tempahan setelah perjanjian jual beli ditandatangani dan di setem?
Yuran tempahan tersebut akan dimasukkan sebagai sebahagian daripada harga belian atau sebahagian dari caj pelbagai (dengan kebenaran pembeli)
12. Siapakah yang saya patut hubungi berkenaan yuran tempahan ini?