Dokumen Yang Diperlukan

 
Senarai Semak Permohonan PR1MA

Anda perlu menyediakan dokumen dan maklumat yang berkaitan seperti yang diminta untuk memastikan proses pendaftaran yang lancar.

 

Maklumat Mengenai Pekerjaan

  • Nombor fail cukai pendapatan LHDN
  • Nombor KWSP
  • Jumlah purata pendapatan kasar bulanan *
  • Nombor persaraan (hanya untuk pesara)
  • Maklumat mengenai pekerjaan pasangan (jika ada)

  • * Sila masukkan "TIADA" jika anda tidak mempunyai nombor LHDN & KWSP

Maklumat Hartanah yang Dimiliki (jika ada)

  • Alamat
  • Saiz dan jenis
  • Tarikh pembelian

Lampiran untuk Pendaftaran

Pekerja:

  • Salinan Kad Pengenalan
  • Slip gaji terkini (1 bulan terkini)

  • Nota : Pemohon yang berpendapatan kurang daripada RM2,500.00 perlulah mengemukakan penyata bank sebagai dokumen sokongan.

 

Bekerja Sendiri:

  • Salinan Kad Pengenalan
  • Penyata bank terkini

 


*Purata pendapatan kasar bulanan termasuk semua bentuk ganjaran hasil daripada pekerjaan atau perniagaan (upah, gaji, komisyen, bonus, elaun dan lain-lain.) Angka ini diperoleh apabila jumlah pendapatan selama 3 bulan terkini dibahagikan dengan 3.