PR1MA menawarkan bantuan terbaik untuk pembiayaan akhir hartanah anda.
Dapatkan bantuan kewangan terbaik untuk pembiayaan akhir hartanah anda dengan PR1MA.
PEMBIAYAAN
Pilih pakej pembiayaan yang paling sesuai untuk anda melalui panel bank PR1MA.
- Institusi-institusi yang terlibat:
- Pakej termasuk pembiayaan sehingga 110% harga Perjanjian Jual Beli (SPA) kepada bakal pembeli yang layak.
- Tiada bayaran pendahuluan diperlukan jika pembeli berjaya mendapatkan pinjaman maksimum.
MENDAPATKAN PINJAMAN PERUMAHAN
-
Pembayaran faedah dikenakan ketika dalam pembinaan dan bayaran ansuran bermula hanya apabila kediaman telah siap dibina.
*Terma dan syarat akhir tertakluk kepada kelulusan bank.
MORATORIUM
Moratorium merupakan tempoh yang mana tiada sebarang aktiviti pindahan pemilikan seperti penjualan, pelupusan, perjanjian dengan mana-mana pihak dilakukan sehingga tamat tempoh moratorium. Dalam konteks ini, tempoh moratorium dikenakan selama:
- 5 tahun dari tarikh Perjanjian Jual Beli bagi rumah PR1MA di Sabah dan Sarawak;
- 5 tahun dari tarikh pindahmilik didaftarkan daripada PR1MA kepada pembeli rumah PR1MA di Semenanjung Malaysia.
CARE BY PR1MA
Kami benar-benar prihatin terhadap kesejahteraan setiap pemilik kediaman PR1MA. Nikmati perlindungan insurans kediaman yang lebih baik melalui CARE BY PR1MA.
Penyewa PR1MA di bawah skim RTO
Sekiranya berlaku kejadian yang tidak dijangka sehingga mengakibatkan kematian atau hilang keupayaan kekal, penyewa boleh terus menetap di kediaman PR1MA tanpa bayaran sewa sehingga tempoh setahun.
PR1MA turut menyediakan khidmat pembiayaan kos pengebumian bagi penyewa RTO dan untuk pemilik beragama Islam, ini juga termasuk kos menunaikan Haji Badaal.
Pemilik Kediaman PR1MA/Pendaftar
Pemilik kediaman PR1MA akan menikmati kadar premium insurans lebih rendah sebanyak 10-15%.
MRTT/MRTA juga menyediakan perlindungan tambahan untuk kemalangan peribadi dan kos pengebumian. Insurans kebakaran dan Takaful Motor juga boleh diperoleh pada kadar yang menarik. Bagi produk-produk insurans kenderaan, anda layak menerima kad keistimewaan PR1MA Care yang menawarkan pulangan tahunan.