Thank you! Your submission has been received!
Oops! Something went wrong while submitting the form.

sistem kawalan dalaman

SISTEM KAWALAN DALAMAN

Had Nilai Kuasa Melulus Kumpulan PR1MA

Sejak tahun 2013, Pengurusan PR1MA telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan, mengkaji semula dan menyelaraskan semula Had Kuasa (“LOA”) untuk menampung perubahan dalam struktur organisasi PR1MA dan untuk memastikan segala transaksi dan aktiviti perniagaan PR1MA adalah diberi kuasa dan dilaksanakan berlandaskan kepada Dasar dan Prosedur Operasi Standard (SOP) PR1MA.

LOA yang didokumenkan menyenaraikan garis-garis panduan akauntabiliti yang lebih jelas dan tanggungjawab yang berfungsi sebagai satu titik rujukan untuk PR1MA dan anak-anak syarikatnya (“Kumpulan PR1MA”) berhubung had nilai kuasa kelulusan untuk memastikan keselarian serta pengurusan tahap-tahap kelulusan dan had nilai kuasa secara berkesan dan cekap. Ini termasuk perkara-perkara yang memerlukan kelulusan oleh MOC dan/atau Menteri yang dipertanggungjawabkan.

Untuk meningkatkan kawalan dalaman dengan lebih lanjut agar bersesuaian dengan keperluan operasi semasa ketika perniagaan berkembang dan berubah selama bertahun-tahun, MoC telah meluluskan versi terbaru Had Nilai Kuasa Melulus Kumpulan PR1MA (“GLOA”) pada 21 April 2022.

Kod Etika dan Kod Tata Kelakuan

PR1MA mengamalkan Kod Tata Kelakuan PR1MA yang sangat penting dalam menegakkan prinsip budaya PR1MA dan nilai-nilai bersama dalam kerja berpasukan, integriti, kecemerlangan, dan kebertanggungjawaban untuk mencapai matlamat perniagaannya.

Kod Tata Kelakuan ini menetapkan standard minimum tingkah laku profesional yang diharapkan daripada semua pekerja dan menjadi sebahagian daripada terma-terma dan syarat-syarat pekerjaan dengan PR1MA. Secara umum, setiap pekerja mempunyai kewajipan untuk menyampaikan perkhidmatan yang setia dan jujur kepada PR1MA dan mematuhinya.

Untuk tujuan meningkatkan tadbir urus korporat dan tingkah laku korporat yang standard, MoC kemudiannya meluluskan Kod Etika untuk PR1MA (“PR1MA COE”) untuk memperluaskan lebih lanjut Kod Tingkah Laku dengan tujuan untuk mencapai tujuan berikut, antara lainnya:

  • Untuk mewujudkan tingkah laku etika bagi Pengarah, Pengurusan Kanan, dan pekerja Kumpulan PR1MA yang standard berdasarkan kepercayaan dan nilai yang boleh diterima, dipegang atau didukung oleh mana-mana individu;

  • Untuk mendukung semangat tanggungjawab dan kebertanggungjawaban sosial sejajar dengan undang-undang, peraturan dan garis panduan yang mentadbir syarikat; dan

  • Untuk memformalkan dan menerapkan nilai-nilai etika melalui Kod Etika dan memastikan pelaksanaan dan pematuhan.

Ia berfungsi sebagai dokumen panduan mengenai standard tingkah laku yang kita harapkan dari pekerja dan Kumpulan PR1MA.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai PR1MA COE kami, anda boleh memuat turun dokumen dengan mengklik ikon di sini.

INTEGRITI DAN PEMATUHAN

Pematuhan Undang-Undang dan Peraturan
INTEGRITY PACT
Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), Derma, Hadiah dan Penajaan
Aktiviti dan Sumbangan Politik
Konflik Kepentingan
Pendedahan Maklumat
Ikrar Bebas Rasuah

Switch to portrait for best viewing experience

Switch to portrait for best viewing experience