Header & Footer

News & Highlights

PENUTUPAN SEMENTARA PEJABAT PR1MA BERIKUTAN KES POSITIF COVID-19

19 FEBRUARY 2021

Petaling Jaya – Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) ingin memaklumkan satu kes positif COVID-19 telah dikesan melibatkan seorang warga kerja PR1MA. Individu ini sedang menerima bantuan perubatan sejak disahkan positif pada 19 Februari 2021. Justeru itu, Pejabat PR1MA akan ditutup bermula hari ini dan akan dibuka semula pada hari Isnin, 1 Mac 2021.

PR1MA sedang bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam memastikan semua tindakan bagi mencegah penyebaran pandemik COVID-19 dilaksanakan dengan segera.

Untuk mengurangkan risiko jangkitan, PR1MA telah melakukan tindakan berikut:

• Usaha pengesanan kontak rapat untuk mengesan mana-mana warga kerja dan pelawat luar yang telah berurusan secara terus dengan individu tersebut dari 9 Februari 2021.

• Individu-individu tersebut akan dihubungi dengan segera dan perlu menjalani kuarantin daripada 19 – 28 Februari 2021 dan mendapatkan bantuan perubatan (ujian saringan COVID-19).

• Pejabat PR1MA juga akan disanitasi sepenuhnya pada hari Sabtu, 20 Februari 2021.

Keselamatan warga kerja dan para pelanggan adalah keutamaan kami di PR1MA. Kami akan memaklumkan sebarang informasi terkini melalui saluran komunikasi rasmi PR1MA. Sama-sama kita memutuskan rangkaian jangkitan COVID-19.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan PR1MA di 03-7628 9898 (tutup pada cuti umum Negeri Selangor) atau e-mel kepada info@p1ma.my.