Header & Footer

News & Highlights

PENGUMUMAN KES POSITIF COVID-19

12 MAY 2021

Petaling Jaya - Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) ingin memaklumkan satu kes baru COVID-19 melibatkan warga kerja PR1MA telahpun direkodkan.

Untuk pengetahuan, rekod kehadiran terakhir ke pejabat bagi individu ini ialah pada 7 Mei 2021 dan dipercayai telah dijangkiti COVID-19 pada 8 Mei 2021. Individu ini kini sedang menunggu untuk menerima rawatan selanjutnya.

PR1MA sedang bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam memastikan semua tindakan bagi mencegah penyebaran pandemik COVID-19 dilaksanakan dengan segera.

Untuk mengurangkan risiko jangkitan, PR1MA telah melakukan tindakan berikut :

Mengarahkan kakitangan yang merupakan kontak rapat disaring mengikut kategori.
Usaha pengesanan kontak rapat untuk mengesan mana-mana warga kerja dan pelawat luar yang telah berurusan secara terus dengan individu-individu tersebut daripada 29 April 2021 hingga 7 Mei 2021. Individu-individu tersebut akan dihubungi dengan segera dan perlu menjalani kuarantin.
Keselamatan warga kerja dan para pelanggan merupakan keutamaan kami di PR1MA. Kami akan memaklumkan sebarang informasi terkini melalui saluran komunikasi rasmi PR1MA. Sama-sama kita memutuskan rangkaian jangkitan COVID-19.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan PR1MA di 03-7628 9898 (tutup pada cuti umum Negeri Selangor) atau e-mel kepada info@p1ma.my. info@p1ma.my

-Tamat-