Header & Footer

News & Highlights

COVID-19 POSITIVE CASE ANNOUNCEMENT

30 JUNE 2021

KENYATAAN RASMI 30 Jun 2021

PENGUMUMAN KES POSITIF COVID-19
Petaling Jaya – Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) ingin memaklumkan satu lagi kes baru COVID-19 melibatkan warga kerja PR1MA telahpun direkodkan.
Untuk pengetahuan, rekod kehadiran terakhir ke pejabat bagi individu tersebut adalah pada 31 Mei selari dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh sebelum disahkan positif pada 30 Jun 2021 dan kini sedang menunggu rawatan selanjutnya.
PR1MA sedang bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam memastikan semua tindakan bagi mencegah penyebaran pandemik COVID-19 dilaksanakan dengan segera.
Untuk mengurangkan risiko jangkitan, PR1MA telah mengarahkan :

• Semua kakitangan yang merupakan kontak rapat kepada individu-individu terlibat
untuk disaring mengikut kategori.
• Pelaksanaan arahan bekerja dari rumah ke atas semua pekerja selari dengan saranan
Kerajaan dalam mengurangkan kehadiran ke pejabat.
• Pejabat dan galeri jualan PR1MA juga telah ditutup untuk sepanjang tempoh PKP
Penuh berkuatkuasa 1 Jun 2021.

Keselamatan warga kerja dan para pelanggan merupakan keutamaan kami di PR1MA. Kami akan memaklumkan sebarang informasi terkini melalui saluran komunikasi rasmi PR1MA. Sama-sama kita memutuskan rangkaian jangkitan COVID-19.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan PR1MA di 03-7628 9898 (tutup pada cuti umum Negeri Selangor) atau e-mel kepada info@p1ma.my.

-TAMAT-