KENYATAAN RASMI
11 Januari 2021
PENUTUPAN SEMENTARA PEJABAT PR1MA BERIKUTAN KES POSITIF COVID-19
Tindakan tangkas PR1MA tangani kes positif COVID-19
Petaling Jaya – Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) ingin memaklumkan dua kes positif COVID-19 telah dikesan melibatkan warga kerja PR1MA. Warga kerja ini telah disahkan positif pada 7 dan 8 Januari 2021 dan kini menunggu arahan selanjutnya daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Justeru itu, pejabat PR1MA telah ditutup pada 8 Januari 2021 sehingga 10 Januari 2021. Setakat 11 Januari 2021, tiada rekod baharu bagi jumlah kes positif COVID-19 melibatkan warga kerja PR1MA.
PR1MA sedang bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam memastikan semua tindakan bagi mencegah penyebaran pandemik COVID-19 dilaksanakan dengan segera.
Untuk mengurangkan risiko jangkitan, PR1MA telah melakukan tindakan berikut:
Keselamatan warga kerja dan para pelanggan adalah keutamaan kami di PR1MA. Kami akan memaklumkan sebarang informasi terkini melalui saluran komunikasi rasmi PR1MA. Sama-sama kita memutuskan rangkaian jangkitan COVID-19.
Galeri Jualan PR1MA telah kembali dibuka dan beroperasi dari Isnin hingga Jumaat, 9.00 pagi ke 5.00 petang. Diminta semua yang hadir mematuhi sepenuhnya SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan PR1MA di 03-7628 9898 (tutup pada cuti umum Negeri Selangor) atau e-mel kepada info@p1ma.my.
-TAMAT-