Logo

Peraduan Menangi Baucer RM 1,000 PR1MA

Terma dan Syarat

KRITERIA PERADUAN

Peraduan Menangi Baucer RM 1,000 PR1MA ("Peraduan") ini terbuka kepada semua pembeli kediaman PR1MA ("Peserta") yang melengkapi syarat-syarat yang tertera di bawah :

  • Berjaya memuat turun Aplikasi PR1MA melalui Play Store untuk pengguna Android dan Apps Store untuk pengguna Iphone; dan
  • Berjaya mendapat kelulusan pembiayaan perumahan (Konvensional / SPEF) dan menandatangani Perjanjian Jual-Beli (SPA) dalam masa 14 hari bekerja dari tarikh Surat Tawaran Belian (OTP) kediaman PR1MA

TEMPOH PERADUAN

Peraduan ini bermula pada 1 Oktober 2017 (Ahad) dan akan berakhir pada 31 Disember 2017 (Ahad) (“Tempoh Peraduan”). Semua penyertaan mesti diterima pada / atau sebelum tarikh yang dinyatakan. Perbadanan PR1MA Malaysia ("PR1MA") berhak melanjutkan atau memendekkan Tempoh Peraduan tanpa memberi notis terlebih dahulu di atas budi bicara mutlak.

PEMILIHAN PEMENANG

Seratus penyertaan terawal untuk setiap bulan yang memenuhi kriteria Peraduan akan dipilih sebagai pemenang. Pemenang yang berjaya akan dihubungi melalui emel atau panggilan telefon. Setiap Peserta bertanggungjawab untuk sentiasa memantau emel dan telefon bagi sebarang notis mengenai pengumuman pemenang.

HADIAH

Terdapat sehingga seratus (100) pemenang akan dipilih bagi setiap bulan

  1. Pemenang akan menerima RM500.00 potongan untuk invois Pemilikan Kosong (VP); dan
  2. Baki RM500.00 dalam bentuk langganan jalur lebar daripada PR1MA Communication Sdn. Bhd.

Hadiah tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh digantikan kepada tawaran yang lain

PERATURAN UMUM

  1. Setiap tuntutan hadiah tertakluk kepada pengesahan oleh pihak PR1MA. Penyertaan yang dibuat dengan pelbagai alamat, menggunakan pelbagai identiti, atau melalui penggunaan mana-mana peranti untuk menyertai lebih daripada satu kali penyertaan yang dibenarkan akan terbatal secara automatik.
  2. Semua penyertaan Peraduan yang diperolehi melalui sumber yang tidak dibenarkan; yang tidak lengkap, tidak boleh dibaca, diubah, diterbitkan, dipalsukan, tidak teratur atau penipuan dalam apa-apa cara sekalipun atau tidak mematuhi aturan-aturan ini secara automatik tidak sah dan terbatal.
  3. PR1MA akan menjadi sumber rujukan tunggal dan muktamad dalam mengesahkan tuntutan hadiah.
  4. Dengan menyertai Peraduan ini, semua peserta adalah bersetuju:
    • untuk mematuhi Terma dan Syarat Peraduan ini
    • dalam apapun keadaan, PR1MA atau anak-anak syarikat, pegawai, pengarah, pekerja, ejen, pembekal dan/atau subkontraktor tidak akan dipertanggungjawabkan ke atas apa-apa jua kerugian, sama ada secara langsung, tidak langsung, umum, khas, pampasan, yang berbangkit dan/atau sampingan, yang timbul daripada atau yang berhubungan dengan kelakuan peserta atau sesiapa sahaja yang berkaitan dengan penggunaan perkhidmatan ini atau terma dan syarat ini; dan
    • untuk memberi kebenaran kepada pihak penganjur dan agensinya untuk menggunakan nama, penyertaan dan / atau gambar, alamat, video atau mana-mana maklumat berkaitan pemenang untuk tujuan aktiviti publisiti, pengiklanan dan / atau perdagangan tanpa sebarang notis dan / atau pampasan.
  5. Keputusan PR1MA berhubung dengan Peraduan ini adalah muktamad.
  6. PR1MA tidak akan bertanggungjawab ke atas transkripsi atau pendaftaran maklumat peraduan yang salah atau tidak tepat, kerosakan teknikal, penghantaran data yang hilang / tertangguh, peninggalan, gangguan, penghapusan, kecacatan, kerosakan, tidak lengkap, tidak dapat difahami, atau gangguan penghantaran komputer atau rangkaian, kegagalan peralatan komputer, perisian, kegagalan untuk mengakses mana-mana perkhidmatan atau laman web dalam talian, ketidakupayaan untuk memuat turun aplikasi mudah alih, atau mana-mana kesilapan atau kerosakan lain, atau apa-apa kerosakan atau masalah kepada komputer peserta atau komputer orang lain yang berkaitan disebabkan oleh penyertaan, atau kelewatan penyertaan, penyertaan tidak dapat dibaca atau yang tidak diterima langsung.
  7. PR1MA berhak untuk membatalkan atau menangguhkan Peraduan ini sekiranya ia tidak dapat berjalan seperti yang dirancang, mengalami gangguan atau kerosakan teknikal, jangkitan oleh virus komputer, penggodaman, campur tangan tanpa izin, penipuan, kegagalan teknikal, atau apa-apa sebab yang di luar kawalan PR1MA.
  8. Peraduan ini tertakluk kepada semua undang-undang di Malaysia, serta peraturan yang diterima pakai berdasarkan undang-undang tersebut. Maklumat peribadi yang disediakan untuk memasuki Peraduan akan digunakan hanya untuk urusan berkaitan Peraduan, dan tanpa sebab lain.
  9. Terma dan Syarat disediakan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Sekiranya terdapat perkara yang tidak konsisten antara mana-mana versi Terma dan Syarat, versi Bahasa Inggeris yang dipaparkan di laman web PR1MA diguna pakai.
  10. Terma dan syarat ini adalah ditadbir dan ditafsir oleh undang-undang Malaysia dan sebarang pertikaian yang timbul daripada terma dan syarat ini hendaklah diselesaikan menerusi mahkamah di Malaysia.

PUBLISITI

Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta masing-masing bersetuju kepada PR1MA untuk menggunakan nama, like atau komen untuk tujuan publisiti tanpa bayaran tambahan kecuali di mana dilarang oleh undang-undang.

DASAR PRIVASI

Tekan di sini untuk maklumat lanjut.