Logo

Peraduan Menang RM1,000 Baucer

Soalan Lazim

Apakah peranan peraduan ini?

Peraduan ini adalah untuk menggalakkan pendaftar kediaman PR1MA memuat turun dan menggunakan Aplikasi Mobile App PR1MA, serta untuk menandatangani SPA mereka dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh surat “Offer-to-Purchase” (OTP).

Peraduan ini terbuka untuk semua projek PR1MA kecuali projek PR1MA @ Alor Gajah, PR1MA @ Bandar Bukit Mahkota, PR1MA @ Cyberjaya Lakefront, PR1MA @ Menggatal, PR1MA @ Ranggu, PR1MA @ Seremban Sentral & PR1MA @ Woodford Estate.

Bilakah tempoh peraduan ini?

Peraduan ini bermula pada Sabtu, 1 September 2018 dan berakhir pada Isnin, 31 Disember 2018.

Siapakah yang layak untuk menyertai peraduan ini?

Peraduan ini terbuka kepada semua pendaftar kediaman PR1MA dan mereka adalah pengguna aplikasi Mobile App PR1MA yang aktif.

Jika saya bukan seorang pendaftar PR1MA semasa tempoh peraduan, adakah saya layak untuk mengambil bahagian?

Ya. Semua rakyat Malaysia layak untuk mengambil bahagian apabila beliau memuat turun aplikasi Mobile App PR1MA dan berjaya mendaftar sebagai pemohon kediaman PR1MA serta menjadi pengguna aktif.

Apakah kriteria asas untuk menjadi pendaftar PR1MA?

i) Mestilah warganegara Malaysia.

ii) Bujang atau berkahwin serta berumur 21 tahun dan ke atas.

iii) Pendapatan isi rumah Individu atau keluarga (suami & isteri) antara RM2,500 - RM15,000 sebulan.

iv) Kediaman PR1MA boleh dibeli sebagai kediaman pertama atau kedua sahaja.

Bagaimanakah cara untuk menjadi pengguna aktif Mobile App PR1MA?

Aplikasi Mobile App PR1MA ini boleh dimuat turun secara percuma melalui Playstore untuk pengguna Android dan App Store untuk pengguna Iphone.

Bagaimana cara untuk memuat turun Aplikasi Mobile App PR1MA?

Aplikasi Mobile App PR1MA ini boleh dimuat turun secara percuma melalui Play Store untuk pengguna Android dan AppStore untuk pengguna Iphone.

 

Bagaimanakah cara untuk menyertai peraduan ini?

Pertama, mendaftar dan membeli kediaman PR1MA. Kemudian, menandatangi Perjanjian Jual Beli (SPA) dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh tempahan jualan seperti yang dinyatakan dalam Tawaran PR1MA Surat Pembelian ("OTP"). Seterusnya, kekal sebagai pengguna yang aktif Aplikasi Mobile App PR1MA.

Apakah hadiah yang ditawarkan?

Seratus pemenang akan dipilih bagi setiap bulan.

(1) Pemenang akan menerima RM500.00 potongan untuk Penguasaan Kosong (VP) invois; dan
(2) baki RM500.00 dalam bentuk langganan jalur lebar dari PR1MA Communications Sdn Bhd.

Hadiah tidak boleh dipindah milik. Tiada penukaran hadiah dibenarkan

Bagaimana pemenang dipilih?

Setiap 100 peserta terawal yang layak akan diberikan hadiah setiap bulan. Pemenang yang berjaya akan dihubungi melalui telefon atau e-mel. Setiap peserta bertanggungjawab untuk memantau telefon dan emel mereka untuk pemberitahuan hadiah daripada pihak PR1MA.

Adakah saya mempunyai peluang untuk memenangi lebih daripada 1 hadiah sahaja sepanjang tempoh peraduan?

Tidak. Setiap peserta hanya layak untuk memenangi maksimum SATU (1) hadiah dalam peraduan ini.