Encik Zulkarnain bin Zainuddin merupakan Ketua Pegawai Operasi bagi Perbadanan PR1MA Malaysia, di mana beliau berperanan dalam mengetuai bahagian pembangunan, jualan serta pemasaran projek-projek PR1MA. Sebelum ini, beliau merupakan Ketua Bahagian Pembangunan sejak Januari 2019. Beliau berkhidmat sebagai Naib Presiden, Pembangunan Perniagaan Projek ketika menyertai PR1MA pada tahun 2015.
Beliau telah memulakan kerjayanya di Renong Berhad dan UEM Group of Companies pada tahun 1997. Kemudian, menyertai Ernst & Young Advisory Services sebagai Pengurus Penyelesaian Risiko dan Perniagaan pada tahun 2007 sebelum berkhidmat di Lembaga Pelaksana Koridor Utara (NCIA), Pulau Pinang sebagai Naib Presiden di Pejabat Ketua Pejabat Eksekutif pada tahun 2010. Sebelum menyertai PR1MA, beliau merupakan Ahli Pengarah Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU).
Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengajian Perniagaan dalam bidang Kewangan dari Massey University, New Zealand di bawah biasiswa Renong Berhad. Berpengalaman lebih daripada 24 tahun dalam pelbagai sektor dan entiti, dari konglomerat ke firma audit dan agensi Kerajaan; beserta fokus secara umumnya dalam pembangunan infrastruktur, harta tanah, pembinaan dan pertanian, Encik Zulkarnain merupakan pelopor penting dalam teras strategi komersial serta operasi PR1MA.