Puan Ezza Hanie Alias merupakan Ketua Setiausaha Korporat bagi Perbadanan PR1MA Malaysia semenjak menyertai PR1MA pada tahun 2013. Beliau merupakan pemegang Lesen Setiausaha Syarikat dan pada 15 tahun pertama dalam kerjayanya, telah berkhidmat di syarikat-syarikat tersenarai awam dalam pelbagai industri.
Beliau juga terlibat dalam beberapa inisiatif korporat antaranya adalah Initial Public Offering (IPO), penstrukturan semula pengambil alihan dan penyahsenaraian syarikat awam, pemerolehan utama, isu hutang dan penukaran, isu hak, isu bonus, Skim Opsyen Saham Pekerja (ESOS) dan pembelian balik saham antara lainnya. Sebelum menyertai PR1MA, Puan Ezza merupakan Setiausaha Syarikat bagi dua syarikat tersenarai awam di Bursa Malaysia.