Encik Zahran Tasliman kini merupakan Ketua Tadbir Urus dan Pematuhan di Perbadanan PR1MA Malaysia. Sebelum pelantikan ini, beliau memegang jawatan sebagai Ketua Audit Dalaman. Di bawah bidang kuasanya, beliau bertanggungjawab memperkemas operasi keseluruhan audit dalaman PR1MA bagi memastikan pematuhan Piawaian Antarabangsa Amalan Profesional Audit Dalaman (ISPPIA). Sumbangan berterusan beliau telah meningkatkan kualiti pembinaan kapasiti audit dalaman dan profesionalisme PR1MA.
Encik Zahran memulakan kerjayanya di bawah Kumpulan Johor Corporation (dahulunya dikenali sebagai Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor – PKENJ) sebagai seorang akauntan pada tahun 1994 dan diberi pendedahan akan unit amanah, pengurusan aset dan operasi broker saham. Beliau kemudiannya ditugaskan ke PT Arya Shinta Sekuritas, anak syarikat JCorp di Jakarta, Indonesia pada 1999 selama dua tahun. Kemudian, menyertai Kumpulan Jaminan Korporat JCorp pada Julai 2001 sekembalinya dari Indonesia. Antara projek yang diterajuinya ialah penglibatan perkhidmatan audit dalaman untuk beberapa syarikat tersenarai dalam Kumpulan JCorp dimana melibatkan usaha perladangan, hartanah, penjagaan kesihatan dan intrapreneur. Perkhidmatan tersebut melibatkan semakan Tadbir Urus Korporat dan Sistem Kawalan Dalaman, dan pelaksanaan proses Pengurusan Risiko Perusahaan. Jawatan terakhir beliau melibatkan konglomerat itu adalah sebagai Pengurus Besar, Audit Dalaman QSR Brands (M) Holdings Sdn Bhd.
Encik Zahran berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) dari Universiti Utara Malaysia. Beliau ialah Juruaudit Dalaman Bertauliah (CIA), Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) dan mempunyai Pensijilan dalam Penilaian Kendiri Kawalan (CCSA), serta ahli profesional Institut Juruaudit Dalaman (IIA) Malaysia dan Institut Juruaudit Dalaman Malaysia. Akauntan (MIA). Beliau berkhidmat sebagai Lembaga Gabenor IIA Malaysia untuk penggal 2012/2015. Beliau juga pernah berkhidmat dalam Rejimen Askar Wataniah, pasukan simpanan Tentera Darat Malaysia di bawah Batalion Pertama Rej 501 (AW) yang berpangkalan di Kem Tebrau, Johor Bahru sehingga 2018.