Dato’ Wan Hashimi Albakri Wan Ahmad Amin Jaffri merupakan Anggota Perbadanan semenjak 16 November 2021. Lantikan ini dibuat dengan tujuan untuk menyelaraskan dan meningkatkan amalan tadbir urus korporat bagi memastikan ketelusan, kebertanggungjawaban dan integriti Kumpulan PR1MA.
Tidak asing dalam bidang pengurusan am, pembangunan hartanah, pembinaan, bahan binaan dan reka bentuk serta pengurusan aset, beliau juga telah memegang pelbagai jawatan lain di General Lumber Construction Sdn Bhd, Irat Management Services Sdn Bhd, Putrajaya Holdings, Putrajaya Homes Sdn Bhd dan juga Negara Properties (M) Bhd.
Dato’ Wan Hashimi Albakri telah bertugas lebih 15 tahun di Sime Darby Berhad di mana beliau mengambil peranan penting dalam mengetuai operasi syarikat sejak dari awal perkhidmatannya dari tahun 2008, termasuklah berperanan sebagai Ketua Pegawai Operasi, Ketua Pegawai Transformasi, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan juga Penasihat Kanan. Pencapaian utamanya di Sime Darby Berhad termasuk mencapai jualan sehingga RM3 bilion semasa berkhidmat di syarikat tersebut. Beliau juga telah dilantik sebagai Pengarah Battersea Power Station Holdings Co. Ltd. termasuk anak syarikatnya: Battersea Power Station Development Co. Ltd dan Battersea Power Station Estate. Beliau juga merupakan Pengerusi Exco Battersea Power Station Development Co. Ltd dan Pengarah Sime Darby (Hong Kong) Ltd.
Beliau turut memangku peranan lain dengan menyumbang kepakarannnya di organisasi lain seperti Construction Industry Development Board (CIDB), Universiti Putra Malaysia (UPM) serta Perbadanan Kampong Bharu. Beliau juga merupakan Bekas Pengerusi REHDA Wilayah Persekutuan.
Sebagai ahli korporat yang berwawasan, Dato’ Wan Hashimi memegang kelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Kejuruteraan Awam dari Kingston University, United Kingdom. Selain daripada kerjaya korporatnya, beliau juga menghadiri sesi latihan di dalam dan luar negara seperti Program Pemerkasaan Pentadbiran oleh INSEAD dan Harvard Business School. Beliau juga merupakan Moderator dan Panel Penceramah di Persidang Kebangsaan & Hartanah yang ke-20 pada tahun 2017.
Selain daripada menyandang jawatan sebagai MoC di Perbadanan PR1MA Malaysia, Dato’ Wan Hashimi juga merupakan Penasihat Kanan – Usaha Baru, Pelaburan Strategik & Projek di Permodalan Negeri Selangor Berhad.