YBhg. Datuk M Noor Azman bin Taib telah dilantik sebagai Anggota Perbadanan PR1MA pada 2 Februari 2022.
Beliau memulakan kerjaya sebagai Penolong Setiausaha, Bahagian Pengangkutan Udara, Kementerian Pertahanan Malaysia pada tahun 1996. Beliau telah menjawat beberapa jawatan lain dalam Kerajaan termasuklah Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Belia dan Sukan pada tahun 2018 sebelum menjadi Ketua Setiausaha kementerian tersebut pada 2020. Beliau kemudiannya telah dilantik ke jawatan terkini iaitu sebagai Ketua Setiausaha, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada tahun 2021.
YBhg. Datuk M Noor Azman merupakan seorang individu yang telah berkhidmat sebagai kakitangan Kerajaan lebih 25 tahun. Sebagai tanda penghargaan kepada jasa yang telah beliau berikan kepada negara, YBhg. Datuk M Noor Azman telah dikurniakan Darjah Kebesaran Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan, Kesatria Mahkota Wilayah pada 2011, Pingat Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2012, Darjah Kebesaran Negeri Kedah Darul Aman, Setia DiRaja Kedah pada tahun 2017 dan Darjah Kebesaran Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan, Panglima Mahkota Wilayah juga pada tahun 2017.
YBhg. Datuk M Noor Azman merupakan seorang graduan Universiti Malaya dengan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Pengajian Perbandaran dan Perancangan. Sebagai penjawat awam, beliau telah meluaskan ilmunya ke bidang pentadbiran apabila memperoleh Diploma Pentadbiran Awam darì Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) pada tahun 2000. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana dalam bidang Pengurusan Teknologi Maklumat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 2004.
Selain daripada menyandang jawatan sebagai Ahli Lembaga PR1MA, YBhg. Datuk M Noor Azman dan merupakan ahli Persatuan Perkhidmatan Tadbir and Diplomatik sehingga kini.