YBhg Datuk Dr. Mohammad Hardee bin S.N. Ibrahim telah dilantik sebagai Anggota Perbadanan pada 5 Oktober 2022.
Beliau mempunyai lebih daripada 20 tahun pengalaman dalam industri perkhidmatan kewangan, dengan pengkhususan dalam perbankan perniagaan dan pengurusan strategik.
YBhg Datuk Dr. Mohammad Hardee merupakan bekas Pengarah Eksekutif Goldman Sachs dan Pengurus Portfolio Operasi Pelaburan & Pasaran Kewangan di Bank Negara Malaysia.
YBhg Datuk Dr. Mohammad Hardee kemudian berkhidmat di SME Bank pada Oktober 2018 sebagai Ketua Pegawai Perbankan dan dinaikkan pangkat menjadi Ketua Pegawai Strategi Korporat Kumpulan pada Februari 2021.
YBhg Datuk Dr. Mohammad Hardee memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dalam bidang Kewangan dari Universiti Essex dan Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pengurusan dari Universiti Lincoln. Beliau juga merupakan Akauntan Bertauliah yang berdaftar dengan Institut Akauntan Malaysia. Beliau menamatkan Program Pengurusan Lanjutan dan Kepimpinan di SAID Business School, Universiti Oxford.