YBhg Datuk Seri Haji Mohd Nazri bin Md. Shariff dilantik sebagai Anggota Perbadanan PR1MA pada 16 Januari 2019. Beliau juga adalah Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan PR1MA Malaysia mulai 4 Mei 2020 setelah memangku jawatan tersebut sejak 16 Januari 2019. Sebelum ini, beliau merupakan Ketua Pegawai Kewangan sejak menyertai PR1MA pada 18 Julai 2016.
Beliau memulakan kerjayanya di Clarke Walker Chartered Accountants di United Kingdom sehingga tahun 1994. Setelah pulang ke tanah air, beliau menyertai beberapa bank komersial dan bank pelaburan. Seterusnya beliau dilantik sebagai Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan dan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan di beberapa buah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia. Sebelum menyertai PR1MA, YBhg Datuk Seri Haji Mohd Nazri merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tradewinds (M) Berhad dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Padiberas Nasional Berhad.
YBhg Datuk Seri Haji Mohd Nazri juga pernah berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengarah antaranya di Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), anak-anak syarikat Padiberas Nasional Berhad, Central Sugars Refinery Sdn Bhd, Gula Padang Terap Sdn Bhd, Tradewinds Plantation Berhad serta anak- anak syarikatnya termasuk MARDEC Berhad dan anak-anak syarikat yang beroperasi di beberapa buah negara di Asia Tenggara. Kini YBhg Datuk Seri Haji Mohd Nazri merupakan Profesor Tambahan di Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
Berpengalaman lebih 30 tahun dipelbagai sektor korporat, YBhg Datuk Seri Haji Mohd Nazri merupakan ahli Institut Akauntan Malaysia (MIA) dan Felo Persatuan Akauntan Bertauliah (FCCA), United Kingdom.