YBhg Datuk Mohd Afrizan Bin Husain telah dilantik sebagai Anggota Perbadanan pada 23 Oktober 2020.
Beliau memulakan kerjayanya di Coopers & Lybrand dari tahun 1990 hingga 1999. Beliau meninggalkan Pricewaterhouse Coopers untuk menubuhkan firma perakaunan, Afrizan Tarmili Khairul Azhar (AFTAAS) sebagai rakan pengurusan, dengan diberi tanggungjawab bagi menguruskan operasi dan pengembangan rancangan strategik Kumpulan Syarikat AFTAAS. Beliau kini merupakan seorang Pengarah dan Pengerusi Jawatankuasa Audit di Far East Holding Berhad.
Beliau mempunyai lebih dari 30 tahun pengalaman di dalam bidang audit dan jaminan, perundingan dan nasihat, kebangkrapan dan pematuhan cukai dan nasihat, di mana di antara tugasan utama beliau adalah termasuk menjalankan operasi audit terhadap syarikat telekomunikasi, penubuhan jabatan audit dalaman di agensi kerajaan, pelaksanaan penstrukturan kewangan dan hutang bagi syarikat awam dan penyiasatan audit forensik terhadap syarikat yang tersenarai.
YBhg Datuk Mohd Afrizan adalah Akauntan Bertauliah yang berkelayakan dan merupakan Ahli Institut Akauntan Malaysia (MIA), Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA), CPA Australia (CPA), Fellow Persatuan Akauntan Bertauliah (FCCA) dan Fellow Anggota Institut Percukaian Berkanun Malaysia (FTIM).