YBhg Datuk Kamalul Arifin bin Othman dilantik sebagai Anggota Perbadanan PR1MA pada 23 Oktober 2020. Beliau telah buat pertama kali dilantik sebagai Anggota Perbadanan PR1MA pada 10 Mei 2016 dan telah dilantik semula sebagai anggota pada 10 Mei 2018 sehingga tamat tempoh pada 9 Mei 2020. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) dan juga merupakan Juruukur Bertauliah yang terlatih serta memiliki pengalaman luas dalam sektor hartanah.
Beliau kini adalah seorang penasihat, pengerusi dan pengarah kepada beberapa buah syarikat milik awam dan persendirian.
YBhg Datuk Kamalul Arifin memegang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hartanah (Kepujian) dari Universiti Teknologi MARA dan juga Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Ohio University, Athens, Amerika Syarikat. Beliau merupakan ahli Fellow Royal Institution of Chartered Surveyors, United Kingdom dan ahli Fellow Pertubuhan Juruukur DiRaja Malaysia serta ahli Fellow Institut Pengurus Harta dan Fasiliti Malaysia. Beliau juga merupakan Pengurus Harta Berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Hartanah dan Pengurus Harta. Beliau menerima pendidikan kepimpinannya di Wharton School of the University of Pennsylvania, Harvard University dan SAID Business School, University of Oxford.