news & highlights

ERRATA : Berkaitan Tarikh Lantikan YB Dato Seri Dr Shahidan Kassim Selaku Pengerusi PR1MA

10 Mac 2021

Kami merujuk kepada artikel yang dikeluarkan oleh pihak media pada 9 Mac 2021. Telah berlaku sedikit kekeliruan berkaitan tarikh pelantikan Yang Berhormat Dato Seri Dr. Shahidan Kassim sebagai Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia semasa pengumuman semalam.

Untuk pengetahuan tuan, Yang Berhormat Dato Seri Dr Shahidan Kassim telah dilantik sebagai Pengerusi PR1MA secara rasmi oleh Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato Haji Muhyiddin Yassin mulai 23 Oktober 2020. Beliau juga dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Perumahan Nasional atau National Housing Corporation (NHC) pada 9 Mac 2021 seperti yang diumumkan oleh Menteri KPKT, Yang Berhormat Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin ketika Kunjungan Hormat dan Majlis Ramah Mesra Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di PR1MA.

Kami berharap agar pihak tuan dapat menyiarkan kenyataan ralat ini bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pembaca. Pemahaman dan kerjasama pihak tuan amat dihargai.

Untuk sebarang maklumat mengenai PR1MA, sila layari laman sesawang PR1MA di www.pr1ma.com.my atau hubungi Pusat Panggilan PR1MA di 03-7628 9898 (tutup pada cuti umum di Negeri Selangor) atau e-mel kepada info@pr1ma.my.

Switch to portrait for best viewing experience