news & highlights

PENGUMUMAN KES POSITIF COVID-19

12 May 2021

Petaling Jaya - Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) ingin memaklumkan satu kes baru COVID-19 melibatkan warga kerja PR1MA telahpun direkodkan.

Untuk pengetahuan, rekod kehadiran terakhir ke pejabat bagi individu ini ialah pada 7 Mei 2021 dan dipercayai telah dijangkiti COVID-19 pada 8 Mei 2021. Individu ini kini sedang menunggu untuk menerima rawatan selanjutnya.

PR1MA sedang bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam memastikan semua tindakan bagi mencegah penyebaran pandemik COVID-19 dilaksanakan dengan segera.

Untuk mengurangkan risiko jangkitan, PR1MA telah melakukan tindakan berikut :

  • Mengarahkan kakitangan yang merupakan kontak rapat disaring mengikut kategori.
  • Usaha pengesanan kontak rapat untuk mengesan mana-mana warga kerja dan pelawat luar yang telah berurusan secara terus dengan individu-individu tersebut daripada 29 April 2021 hingga 7 Mei 2021. Individu-individu tersebut akan dihubungi dengan segera dan perlu menjalani kuarantin.
  • Keselamatan warga kerja dan para pelanggan merupakan keutamaan kami di PR1MA. Kami akan memaklumkan sebarang informasi terkini melalui saluran komunikasi rasmi PR1MA. Sama-sama kita memutuskan rangkaian jangkitan COVID-19.

    Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan PR1MA di 03-7628 9898 (tutup pada cuti umum Negeri Selangor) atau e-mel kepada info@p1ma.my. info@p1ma.my

    -Tamat-

    Switch to portrait for best viewing experience