Header & Footer

Dasar Privasi

DASAR PRIVASI KUMPULAN PERBADANAN PR1MA MALAYSIA


Kumpulan Perbadanan PR1MA Malaysia (selepas ini dirujuk sebagai “PR1MA”) menghormati privasi berkenaan Data Peribadi anda dan berusaha untuk melindungi Data Peribadi anda menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2012.

Oleh yang demikian, kami telah membangunkan satu Polisi Privasi yang menyelia cara PR1MA mengambil, memproses, mengguna, mendedahkan, memindahkan dan menyimpan Data Peribadi anda. Kami memohon anda untuk meneliti Polisi ini bagi memahami hak-hak anda dalam perkara ini.

Bagi tujuan Privasi ini, sila ambil maklum bahawa: “Kumpulan Perbadanan PR1MA Malaysia” merujuk kepada, secara kolektif, Perbadanan PR1MA Malaysia, syarikat-syarikat berkaitan dan/ atau bersekutu yang dikawal sepenuhnya oleh Perbadanan PR1MA Malaysia.

Pengambilan dan Penggunaan Data Peribadi oleh PR1MA

Data Peribadi merujuk kepada sebarang maklumat yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung kepada anda dan/atau transaksi anda bersama PR1MA.

Di dalam transaksi dan komunikasi anda bersama PR1MA, anda boleh diminta untuk membekalkan Data Peribadi anda dari masa ke semasa. PR1MA dan pembekal servis pihak ketiganya boleh berkongsi Data Peribadi tersebut di antara satu sama lain dan menggunakannya selari dengan Polisi Privasi ini. Mereka juga boleh menggabungkan maklumat-maklumat tersebut dengan maklumat-maklumat yang lain untuk memberikan dan menambahbaik produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan PR1MA.

Jenis-Jenis Data Peribadi

Apabila anda berkomunikasi dengan PR1MA, kami boleh mengambil pelbagai Data Peribadi melalui sumber-sumber yang berikut:-

  1. Borang pendaftaran manual; atau
  2. Borang pendaftaran dalam talian.

Data Peribadi adalah termasuk:-

  1. Nama;
  2. Nombor kad pengenalan /pasport;
  3. Kewarganegaraan;
  4. Tarikh lahir;
  5. Jantina;
  6. Bangsa;
  7. Status Perkahwinan;
  8. Alamat pengeposan;
  9. Pekerjaan dan butir-butir Majikan;
  10. Nombor telefon;
  11. Alamat emel;
  12. Tangga gaji;
  13. Cara yang ingin dihubungi; dan
  14. Maklumat kad kredit atau akaun bank.

Senarai Data Peribadi yang tersebut di atas adalah tidak sepenuhnya dan ia boleh juga termasuk data peribadi yang lain bergantung kepada jenis-jenis komunikasi dan transaksi.

Kegunaan Data Peribadi

Tertakluk kepada had penggunaan Data Peribadi anda, PR1MA boleh menggunakan Data Peribadi anda untuk perkara-perkara yang berikut:-

  1. Anda adalah dengan ini memberi kebenaran untuk pemberian Data Peribadi anda bagi maksud untuk melengkapkan transaksi atau jika tidak ia mungkin menjejaskan proses transaksi. PR1MA boleh berkongsi Data Peribadi anda dengan pihak ketiga yang membekalkan perkhidmatan seperti memeterai Perjanjian Jual & Beli, Memorandum Pindahmilik dan apa-apa dokumen yang berkenaan bagi maksud untuk menunaikan kewajipan kontrak; dan/atau
  2. PR1MA boleh menggunakan Data Peribadi anda untuk memberikan anda notifikasi berkenaan majlis perlancaran, pengumuman promosi terkini atau acara terbaru PR1MA melalui pemasaran / pengiklanan / bahan promosi, e-mel atau panggilan. Sekiranya anda tidak berhasrat untuk berada di dalam senarai surat- menyurat kami, sila maklumkan PR1MA dalam bentuk bertulis; dan/atau
  3. Dari masa ke semasa, anda mungkin dikehendaki untuk menyediakan beberapa jenis maklumat peribadi dalam borang atau dokumentasi lain, sama ada dalam bentuk elektronik atau cetak. Maklumat tersebut akan ditunjukkan sebagai wajib / mandatori, dan jika anda gagal untuk memberikan maklumat peribadi wajib tersebut kepada PR1MA, atau kemudian menarik balik kebenaran anda bagi membolehkan PR1MA terus memproses yang sama, PR1MA mungkin tidak dapat memberikan atau terus menyediakan anda dengan penuh pelbagai manfaat, produk dan / atau perkhidmatan yang anda telah minta , dan kemungkinan juga PR1MA tidak dapat memenuhi tujuan-tujuan yang dinyatakan di atas; dan/atau
  4. PR1MA boleh menggunakan Data Peribadi anda untuk menghantar notis-notis penting, emel-emel, surat-surat, khidmat pesanan ringkas atau atau apa-apa komunikasi berkenaan pembelian-pembelian atau perubahan - perubahan berkenaan terma-terma, syarat-syarat dan polisi-polisi PR1MA. Disebabkan maklumat sedemikian adalah penting kepada transaksi anda bersama PR1MA, anda adalah dinasihatkan untuk tidak memilih untuk tidak menerima komunikasi-komunikasi yang sedemikian; dan/atau
  5. PR1MA boleh menggunakan Data Peribadi anda untuk kegunaan-kegunaan dalaman seperti audit, analisis data, dan kajian untuk menambahbaik produk-produk, perkhidmatan-perkhidmatan dan komunikasi pendaftar PR1MA. Anda juga boleh dihubungi dari masa ke semasa untuk cadangan dan soal selidik; dan/atau
  6. Apabila diwajibkan oleh undang-undang, atau mana-mana penguat kuasa yang berkaitan atau pihak berkuasa, agensi atau jabatan , dan / atau di mana pendedahan tersebut adalah perlu untuk bertindak balas terhadap sebarang tuntutan atau proses undang-undang , atau untuk mengesan / mencegah jenayah; dan/atau
  7. PR1MA juga boleh mendedahkan maklumat anda, sama ada sebahagian atau sepenuhnya, kepada syarikat-syarikat yang dikontrakkan atau diberi kuasa untuk pemproses data kami.

Pendedahan dan Perkongsian Data Peribadi yang Diambil

Maklumat peribadi yang kami ambil daripada anda boleh didedahkan kepada:

  1. Kerajaan persekutuan atau negeri;
  2. Kementerian atau agensi kerajaan;
  3. Agensi penguatkuasa undang-undang;
  4. Badan-badan kerajaan lain yang diberi kuasa (sekiranya diwajibkan undang-undang);
  5. Panel peguamcara PR1MA;
  6. Bank-Bank;
  7. Peguamcara Bank-Bank;
  8. Auditor;
  9. Pembekal perkhidmatan dan perunding profesional PR1MA, ejen-ejen;
  10. Anak-anak syarikat, rakan kongai dan pertubuhan-pertubuhan yang berkenaan;
  11. Mana-mana pihak ketiga yang telah terlibat atau dilantik oleh PR1MA, dan/atau
  12. Mana-mana pihak ketiga yang telah dibenarkan oleh anda untuk menggunakan , mendedahkan dan mengekalkan Data Peribadi anda.

PR1MA boleh berkongsi maklumat tanpa nama dan / atau gabungan mengenai semua pengguna kami dengan pihak ketiga dengan cara yang tidak akan mengenali anda secara khusus, dan jika perkara yang sama tidak mungkin, PR1MA akan meminta persetujuan anda terlebih dahulu.

Di dalam keadaan-keadaan yang diperuntukkan di dalam Polisi ini yang mana PR1MA memberikan maklumat anda kepada pihak ketiga, kami akan memastikan bahawa langkah-langkah keselamatan yang pihak sedemikian mengamalkan berkenaan dengan pemprosesan data anda adalah sekurang-kurangnya ketat atau sekiranya tidak lebih baik dari itu adalah sebagaimana yang diamalkan oleh PR1MA. Terma ini adalah tidak terpakai apabila kami diwajibkan mengikut undang-undang untuk memberikan maklumat anda kepada pihak ketiga.

Sekiranya kami mengalami perubahan perniagaan, seperti penjualan sebahagian atau kesemua asset-aset kami, penyatuan atau pengambilalihan, maklumat anda berkemungkinan akan menjadi sebahagian perubahan tersebut dan akan dipindahkan.

Perlindungan Data Peribadi

PR1MA mengambil langkah-langkah perlindungan yang perlu, baik dari segi pentadbiran dan teknikal untuk melindungi keselamatan dan integriti Data Peribadi anda.
PR1MA tidak menjual atau memberi sewa sebarang maklumat peribadi yang telah anda berikan kepada pihak-pihak lain.

Simpanan, Integriti dan Hak Akses Kepada Data Peribadi

Ia adalah tugas anda untuk memastikan Data Peribadi yang diberikan adalah lengkap, tepat dan terkini. PR1MA akan menyimpan data peribadi anda dalam tempoh yang perlu untuk kegunaan-kegunaan yang telah disenaraikan di dalam Polisi Privasi ini melainkan tempoh yang lebih lama dibenarkan atau diwajibkan oleh undang-undang.

Anda berhak memaklumkan PR1MA untuk mengemaskini atau membetulkan Data Peribadi anda yang tidak tepat dan tidak benar, atau mengehadkan pemprosesan Data Peribadi anda dengan menghantar permohonan bertulis kepada alamat yang tertera di bawah. Anda juga boleh meminta akses kepada Data Peribadi anda untuk sebab-sebab berikut:
i) untuk memeriksa jika Data Peribadi anda disimpan dan digunakan oleh PR1MA;
ii) untuk menarik balik kebenaran berkenaan dengan tujuan tertentu yang mana kami memproses Data Peribadi anda;
iii) untuk memohon bahawa Data Peribadi anda dikekalkan dan digunakan hanya bagi tujuan yang ia telah dikumpulkan; dan
iv) untuk menarik balik persetujuan anda sepenuhnya atau sebahagiannya yang berkenaan dengan pemasaran langsung iaitu penhantaran maklumat pemasaran atau tidak mahu dihubungi oleh PR1MA untuk jualan dan promosi apa-apa produk.

Apa-apa permintaan untuk akses, pertanyaan , pembetulan, aduan atau untuk menghadkan pemprosesan Data Peribadi boleh dibuat dengan menulis kepada alamat seperti berikut: -

PERBADANAN PR1MA MALAYSIA

Tingkat Bawah, Blok F
No. 2, Jalan PJU 1A/7A
Oasis Square, Oasis Damansara
47301 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Pertanyaan

Pusat Panggilan: (+603) 7628 9898
Awam / Pendaftaran / Teknikal: info@pr1ma.my

Kami boleh menolak sebarang permohonan yang berulang secara tidak wajar, memerlukan usaha teknikal yang berbelah bahagi, memprejudiskan privasi pihak lain, sangat tidak praktikal atau aksesnya tidak diwajibkan oleh undang-undang.

Penukaran/Perubahan Polisi Privasi PR1MA

PR1MA memelihara hak-hak untuk mengubah, meminda, menukar atau mengubahsuai mana-mana bahagian Polisi ini dari masa ke semasa. Sebarang perubahan penting akan dimaklumkan di dalam laman web dengan Polisi Privasi yang dikemaskini. dan / atau dengan apa-apa cara komunikasi lain yang dianggap sesuai oleh PR1MA.

Undang-Undang Yang Mentadbir dan Bidangkuasa

Terma-terma dan syarat-syarat ini akan ditadbir dan ditaksir selaras undang-undang Malaysia dan anda adalah tertakluk kepada bidangkuasa mahkamah-mahkamah Malaysia.

Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 2010

Pendaftar menerima dan bersetuju bahawa Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 2010 (Akta 709) adalah terpakai kepada setiap tindakan, saman, pendakwaan atau prosiding terhadap PR1MA atau warga PR1MA atau jawatankuasa, dan pekerja atau ejen PR1MA yang melibatkan setiap kelakuan, pengabaian atau pelanggaran yang dilakukan oleh PR1MA atau individu-individu yang dinyatakan di sini dengan suci hati atau sebarang tinggalan oleh PR1MA pada kapasiti yang berkenaan.

Kebenaran

Dengan memberikan Data Peribadi anda, anda telah membenarkan Data Peribadi tersebut digunakan mengikut Polisi ini. Pengunaan berterusan perkhidmatan kami akan menunjukkan bahawa anda bersetuju dengan sebarang pindaan ke atas Polisi Privasi tersebut.

Switch to portrait for best viewing experience