Setelah pemohon berjaya melepasi proses pendaftaran dan penilaian, Nombor Pendaftaran Vendor akan dikeluarkan sebagai bukti pengesahan pemohon adalah berdaftar sebagai REGISTERED VENDOR PR1MA.
Walau bagaimanapun, ingin dinyatakan disini bahawa tiada jaminan diberikan untuk kelayakan secara automatik bagi pemilikan kontrak kerja atau Pesanan Perolehan kepada pemohon yang telah berjaya menjadi REGISTERED VENDOR.
Vendor PR1MA adalah diklasifikasikan seperti berikut:
REGISTERED VENDOR
Sekiranya pemohon telah berjaya menjadi REGISTERED VENDOR, pemohon berpeluang untuk menyertai proses Permohonan untuk Maklumat (RFI) , Permohonan Sebut Harga (RFQ), Permohonan untuk Cadangan (RFP) dan Tender. Pemilihan vendor untuk menyertai mana-mana sebut harga atau tender adalah berdasarkan keperluan PR1MA dan akan dibanding dan ditanda araskan dengan APPROVED VENDOR dan REGISTERED VENDOR.
Pra-Kelayakan selanjutnya akan diuruskan oleh unit danĀ bahagian operasi PR1MA berdasarkan kepada keperluan spesifik yang akan ditentukan.
APPROVED VENDOR
Jika pemohon telah berjaya melalui penyertaan seperti yang dinyatakan diatas, pemohon akan dikategorikan sebagai APPROVED VENDOR
PANEL VENDOR
Sekiranya prestasi yang ditunjukkan adalah konsisten sepanjang masa, APPROVED VENDOR berpeluang untuk dinaik taraf menjadi PANEL VENDOR dan mestilah menepati atau melebihi sasaran PR1MA bagi perolehan untuk harga, kualiti, perlaksanaan dan perkhidmatan.
PANEL VENDOR adalah diklasifikasikan seperti berikut:
ALLIANCE VENDOR
ALLIANCE VENDOR dipilih melalui proses Pemilihan Pengurusan Bekalan (Supply Management Process) . Vendor kategori ini adalah vendor yang berkepentingan tinggi dan merupakan perkongsian strategik untuk PR1MA.