NEWS & HIGHLIGHT

KENYATAAN DARIPADA PR1MA

14 August 2020

Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) ingin memberikan penjelasan mengenai kenyataan daripada Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee yang telah dikeluarkan di Utusan Borneo pada 10 Ogos 2020 mengenai projek-projek PR1MA di Sandakan. Secara keseluruhannya, terdapat tujuh projek yang dibangunkan di Sabah di mana satu projek telah siap dibina. Enam lagi projek sedang dalam pembinaan, di mana dua daripada projek-projek ini terletak di Sandakan; iaitu Residensi Borneo Cove dan Residensi Sandakan City Centre. Pihak PR1MA ingin menegaskan bahawa kedua-dua projek ini tidak terabai dan sedang diteruskan.

Pembinaan projek Residensi Borneo Cove telah bermula setelah mendapat kelulusan pihak berkuasa pasca pelaksanaan PKPP dengan 150 orang pekerja dan kapasiti penuh pembinaan di tapak projek. Keseluruhan kemajuan pembangunan setakat ini adalah 95% dan pembinaan projek ini berada dalam fasa-fasa terakhir pembinaan di mana fokus adalah lebih kepada pembinaan infrastruktur dan kemasan dalaman. Tarikh jangka siap bagi projek ini adalah pada akhir bulan Disember 2020.

Pembinaan projek Residensi Sandakan City Centre terhenti sementara disebabkan oleh PKP tetapi dijangka akan beroperasi semula pada bulan September 2020. Semasa penutupan tapak projek, keseluruhan kemajuan pembangunan adalah pada 74%. Tarikh jangka siap bagi projek ini adalah pada hujung tahun 2021.

PR1MA akan mematuhi terma dan syarat yang tertakluk di bawah Perjanjian Jual Beli setiap pembeli berkenaan dengan Ganti Rugi Tertentu dan Ditetapkan (LAD) yang akan disahkan apabila Notis Penyerahan Milikan Kosong dikeluarkan oleh pihak PR1MA, sekiranya berkenaan.

Pihak PR1MA sedang berusaha untuk memastikan pembinaan projek-projek ini akan diselesaikan mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan, dengan mengambil kira aspek kualiti rumah yang akan dibina dan keselamatan semua yang terlibat.

-Tamat-




Icon of Google Playstore  Icon of Appstore
Icon of Google Playstore    Icon of Appstore

Icon of Facebook Icon of Instagram  Icon of Youtube
Icon of Facebook Icon of Instagram Icon of Youtube

Icon of Google Maps Icon of Waze

Icon of Google Maps  Icon of Waze